Saiz mockup adalah 15 x 15 inci. isi kandungan 120 keping 4R untuk 20 muka surat. segala gambar yg telah diambil semasa sesi fotografi disimpan dalam bentuk DVD. Untuk maklumat lanjut boleh email kepada saya :)
Pemandangan Bandar Maharani di waktu malam, Lokasi menjadi pilihan, Jeti Tanjung Ketapang dan sekitar jambatan Muar. lokasi lain masih tidak berkesempatan lagi :)
Tempat yang menjadi pilihan seperti di Jeti Sungai Melaka, Eye On Malaysia & Red Building area. Keadaan waktu malam agak berjerebu disebabkan oleh pencemaran yang dilakukan oleh negara jiran. walau bagaimanapun beberapa shots yang boleh dikatakan menarik dapat diambil untuk tatapan pungunjung blog. (klik gambar untuk paparan besar).
satu lagi lokasi yang sesuai untuk bermandi manda.. nyesal tak bawa pakaian mandi.. keindahan dan ketenangan lanskapnya membuatkan aku teringin nak pergi lagi ke sini. foto diambil bersama geng photographer bertujuan mencuba kamera dslr masing2. dalam banyak-banyak foto, 3 foto ni aku rasa ok. apa pendapat anda??
laluan ini biasa digunakan oleh lori-lori kelapa sawit untuk memunggah hasil tanaman ke kilang. Selain itu juga, kelihatan dalam gambar sekumpulan remaja sedang melalui laluan berliku ini :) untuk sampai ke destinsi seterusnya. (klik gambar untuk paparan besar)
Nama boy ni ialah Syami Ramadhan, anak kepada sepupu aku. foto ini diambil di air terjun gunung ledang semasa kedatangan sepupu aku buat pertama kali ke sagil. Nak bawak port jauh tak sempat, jadi bawak ke sini pun dah orait. Untuk pengetahuan, nak masuk ke air terjun gunung ledang iaitu di gate B dikenakan bayaran RM2.00 untuk parking dan RM1.00 untuk seorang. kalau nak bas. kaya la tokey tempat ni. Anyway, tempat ini sesuai untuk dikunjungi.
Foto diambil semasa kunjungan penulis di Selandar, Melaka. Cuaca pada hari itu sangat cerah dengan langit biru dan matahari terik memancar. masa foto diambil pada waktu petang, kira-kira pukul 6.30 petang.
bagi warga ilp pastinya akan kenal. Foto ini telah diambil dari belakang rumah saya mengunakan lens 50mm. 3 jenis exposure telah digunakan (-2 , 0 , +2). Tujuannya hanyalah satu iaitu mendapatkan HDR imaging. saya telah upload 2 versi gambar (kiri) photoshop cs3, (bawah) photomatix 3.03. Anda nilai perbezaan antara 2 imej ini.
Foto uncle ni main violin aku ambil masa ronda-ronda di kota aFamosa, Melaka. Pertama kali dalam sejarah hidup aku dapat ke sana. Ramai juga pelancong dari luar negara dan pelancong tempatan. Tertarik dengan melodi yang dimainkan oleh uncle ni, aku shoot 1 gambar dengan pandangan matanya tepat ke arah aku. Aku ada buat sedikit post-processing dalam photoshop untuk menambah mood pada gambar :)